Friday, July 22, 2011

Manual Membuat Blog

Apa itu Blog? 
Secara mudah,blog ( ringkasan bagi weblog ) adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi  atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.Konsep blog adalah sama seperti jurnal peribadi.


Perbezaan ketara blog dengan laman web biasa ialah, setiap kali anda update atau memasukkan artikel/penulisan terbaru, yang terkini akan berada di atas dan yang lepas akan berada di bawah ( reverse chronoligical order ).


Apakah kegunaan membuat blog?
Dengan memiliki blog, kita dapat melatih kemampuan dalam menyampaikan suatu maklumat atau berkongsi perkara lain seperti catatan harian,pandangan atau pendapat mengenai sesuatu perkara kepada orang lain iaitu pembaca.Selain itu kita juga dapat memperoleh banyak idea yang didapati dari berbagai sumber yang memberikan komen atas penulisan yang kita sampaikan di blog.Ini kerana blog bersifat terbuka bagi siapa saja.


Manual membuat Blog :

Langkah 1

- Untuk membina blog, pastikan anda mempunyai akaun email. 
- Jika anda tidak mempunyai akaun email ,mulakan dengan membuka  akaun baru.
- cari halaman www.google.com.my di enjin carian.
- klik di sign in di hujung sebelah kanan pada paparan di atas.
- Klik pada perkataan create an account. Isi semua maklumat pada paparan yang keluar .
Langkah 2

-Apabila akaun google anda sudah aktif, anda boleh melayari laman web Google Bloggerhttp://www.blogger.com
-Daftar blog menggunakan akaun google anda.

Langkah 3

-Kemudian klik anak panah "CREATE YOUR BLOG NOW" .  Anda akan lihat paparan muka
"Create  a Google Account" seperti   dalam gambar dibawah.
-Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik anak panah "CONTINUE"  untuk  langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Langkah 4
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di bawah
  untuk  menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-
  • Blog title
  • Blog address 
  • Word Verification
- Setelah lengkap diisi, sila klik anak  panah "CONTINUE" untuk langkah berikutnya.

Langkah 5
- Kemudian anda diberi pilihan  memilih 'template' untuk blog anda. 
- Pilih salah satu dan klik "CONTINUE"

Langkah 6
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di bawah. 
  Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat 
  URL blog  anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.
Langkah 7
-Setelah selesai proses membina akaun ini, klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.
-Kemudian klik New Post untuk mengisi catatan pada blog anda.
- Klik publish post sekiranya selesai.
-Selamat mencuba, anda kini boleh memiliki blog sendiri.



HARI ANUGERAH CEMERLANG DI SK BULUH LIMA 2011



" Terima Kasih Cikgu " - Murid menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar.


Persembahan koir daripada murid-murid tahun 6

 
 
Tarian rama-rama daripada murid tahun 1 dan 2

   
Barisan guru-guru di SKBL 2011

Sunday, July 17, 2011

JURNAL ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan
Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT
Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT
                                                      
                                                        Abstrak
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat
bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan
penggunaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan
dan profesion perguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang
mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan
tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru,
kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan
digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu, dicadangkan penggunaan
ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap
ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur
komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan
komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.

http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2013.pdf